Dilea Live Subjek Matematik Tingkatan 4
6 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 Mei 2025, telah diadakan Tuisyen Dilea Live subjek Matematik bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.
Tuisyen Dilea ini dijalankan secara atas talian dan secara percuma kepada pelajar tingkatan 4 yang terpilih oleh pihak Dilea. Dalam sesi ini, guru dan pelajar akan membincangkan soalan-soalan matematik, guru juga turut menunjukkan cara menyelesaikan soalan matematik tersebut serta terdapat sesi soal jawab antara pelajar dan juga guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: